Thursday, December 8, 2011

Hatred - Benci

I never write a post in fully Malays since i just felt awkward about it.. but today i will..for the sake of fun and challenge..
Ok..starting

Kebencian adalah satu sifat yang tidak baik tetapi sebagai manusia kita tak pernah terlepas dari perasaan ini. Orang kata " bagi setiap 60 saat kita membenci seseorang, kita hilang 60 saat yang bermakna di dalam hidup kita". 

Kadangkala, perasaan ini tidak dapat kita bendung..ia berlaku walaupun kita cuba menghalangnya.. kita membenci orang, benda, keadaan dan diri sendiri. Kita menutup sebelah mata kita terhadap benda lain yang sama pentingnya di dalam hidup. Di sinilah kesilapan kita. 

Apabila kita melepaskan kebahagian kerana kebencian kita terhadap sesuatu. Mungkin kita rasa kebencian itu mendorong diri kita untuk hidup, tetapi salahkah jika kita gantikan kebencian dengan kasih sayang. 

Kenapa kita tak cuba hidup demi kasih sayang? Demi orang yang menjaga kita, yang mengambil berat tentang diri kita daripada memusnahkan diri demi orang yang kita benci.

Di dalam hidup ini, lebih baik kita lupakan orang yang tidak penting itu dan teruskan kegembiraan dengan hidup kita. Kehidupan adalah singkat. Kita tak tahu sampai bila kehidupan yang dipinjamkan tuhan akan berakhir. Lebih baik kita di ingati kerana kebaikkan serta kegembiraan kita daripada dilupakan akibat kebencian yang kita bawa. 

Jangan fikir apa yang orang boleh buat untuk kita.. tapi fikir apa yang kita boleh buat untuk orang di sekeliling kita.. Jangan tunjukkan kesedihan kita, tapi tunjukkan kegembiraan kita..kerana kita mahu diingati sebagai cahaya yang terang bukan bintang yang malap..

No comments:

Post a Comment

Cute Comments Plz ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...